20/4/2015
12.20pm
My First post
Assalamualaikum
Holaaa
Kawan vs Sahabat?
Hmm beza kwn dgn sahabat?
Well kwn kat mane-2 blh jumpe, tapi sahabat payah nak jumpe. Kwn ni hanye ada waktu kite sng je beb. Waktu susah? Dia lari tinggal kan kita. Kat dunia yg sekarang ni mmg susah woi nak cari sahabat yg betol-2 sahabat. Yg percayakan kite, sentiasa ada waktu susah senang, tak pernah tikam belakang kita, xpernah lupekan kite walaupun masing-2 da ada kehidupan sendiri. Kenape first post aku ckp psl kwn vs sahabat? Sebab pada umur 21 tahun baru aq tahu beza kwn dgn sahabat. Kwn? Aku ada kwn tp perangai mcm bangsat. Maap mencarut. Ada kwn boleh buat kite naik, ada kwn boleh buat kita jatuh. Korg kalau ada org penah buat korg jatuh tertuduk, korg lex je. Xpayah lah nak menangis meraung bagai woi. Buang masa. Korg kene ingat, korg menangis meraung bagai, si bangsat yg buat korg jatuh terduduk tu berdangdut kegembiraan. Korg jgn jadi bodoh woi. Korg buat mcm xde bende jadi. Korg kene terus bangkit. Buktikan pada si bangsat tu korg blh bangun bediri tanpe dorg. Korg jgn ingat korg da xada teman/kawan. Korg maseh ada Allah, keluarga. Time korg mati nanti sape yg kapan kan kalau bukan keluarga korg sendiri. Jadi jgn meratap kehilangan kawan weh. Aku bercakap berdasarkan ape yg aku dah pernah rase. Aku jatuh disebabkan namanya KAWAN. Dan aku bangkit disebabkan namanya KELUARGA & SAHABAT. Tipulah aku jatuh tapi xmeraung melalak meroyan kan. Aku alami semua tu. Sampai air mata dah kering woi. Aku tanye ALLAH, ape dosa aku? Apa salah aku sampai KAWAN aku pinggirkan aku, kutuk aku. Sampai satu masa aku give up. Aku makin lama makin terasing, aku dengan dunia aku, aku bawak diri. Aku hanyut dalam dunia aku. Tak siapa rase ape yang aku rase. Adakah salah aku sendiri? Mereka yg namanya KAWAN sikit pun xhiraukan aku. Mereka gembira dgn khidupan mereka. Mereka gembira tapi aku? MERANA! Selama ni aku baik dgn KAWAN, aku layan dgn elok. Tapi KAWAN lyn aku mcm SAMPAH. Aku ucapkan kata maaf pada KAWAN sebagai tanda berdamai. Tapi keadaan tetap sama. Kalau betol namanya kawan, dia xkan biar kita terasing. Ingat tu. Mak, selalu risaukan aku. Tak henti-2 suruh aku bersabar. Suruh aku ingat ALLAH. Along aku, aku sangat berterima kasih pada dia. Dia selalu bagi kata-2 semangat. Motivasi pada aku. Dia selalu ingatkan aku pada ALLAH. Haziq. Kawan yg dulunya xbegitu rapat. Dia bkn kwn tapi sahabat aku. Sentiasa memberi aku semangat. Dia ckp ni semua ujian ALLAH kat aku. Farah, walaupun busy dgn fyp, dia selalu ada waktu aku luahkan masalah aku. Nad, sahabat yg paling aku syg. Sentiasa mempercayai aku. Aku bangkit kerana mereka. Walaupun kite hilang kwn, tapi ingat kite tak pernah dan tak akan hilang kasih syg ALLAH, KELUARGA DAN SAHABAT. Mereka sentiasa ada untuk kite.
Kenape blog ni ditubuhkan? Untuk meluahkan segala rasa yg terpendam. Yg tersimpan. Seksa sebenarnya tak boleh cerita kan hal sebernanya pada yg mengenali kite. Sebab? Sebab tak semua suka kan kita. Tak semua percaya kan kite. Aku dah tak kesah ape org nak ckp pasal aku, biarkan mulut-2 longkang menghina aku. Allah, keluarga dan sahabat aku lebih mengenali aku. Aku bangkit bukan kerana bangsat-2 tu, aku bangkit kerana Allah, keluarga dan sahabat aku.
Terima kasih
Wait for the next post
Let Allah repay everything with his way
InsyaAllah
Pekak kan telinga butakan mata
Semoga Allah sentiasa bersama kite
1'st post
NZ